Ahad, 26 Mei 2013

takdir cinta

aku redha dengan ketentuannya..
aku pujuk hati ini terima segalanya dengan hati yang terbuka...
jika dia jodoh aku takkan berubah ketentuan Allah itu..

telah aku lalui hari-hari yang getir dan perit untuk aku berdiri
kau adalah masa silam aku..
kau adalah cinta akhir aku..
kau adalah sebuah kenangan pada aku..

sesuatu yang terjadi pastikan ada hikmahnya...
aku bukan lagi milikmu..atau aku memang tak pernah menjadi milikmu..

kita kawan sampai bila-bila..
aku takkan buang kau..
aku takkan benci kau..
aku tetap sayang kau..
kerana aku takkan pernah lupa..
aku pernah bahagia dengan kau..

Terima kasih ''A****''

Sabtu, 25 Mei 2013

masih berharap

arghhh!! kenapa kau masih memberi aku berjuta harapan!!
sudahla...aku bertarung dengan perasaan aku sendiri aku xfaham ape yang kau nak lagi.. aku xmampu terima kau sebagai kawan lahh!! kau xfaham ke perasaan aku??!! perempuan xkan mahu berkawan semula dengan ex die larh! sebaik mana perpisahan tu sekalipon..

kau text aku..bagitahu aku..mane kau nak pergi..segalanya macam aku ni orang yang penting dalam hidup kau... tolongla...aku bukan boneka..aku xnak jadi bahan kasihan di mata kau...


aku minta maaf..aku xsampai hati cakap macam tu..aku sayang kau..
tapi kau yang relakan aku pergi...aku terpaksa keraskan hati aku... aku xtahu dimana kedudukan aku dihati kau..sebab kau anggap aku macam kawan kau..kau ingat mudah ke aku nak hadap semua tu..


hakikatnya aku gembira..seronok..bila kau text aku..tapi kepala aku..diri aku menacari-cari satu jawapan yang aku sendiri tak pasti...kenapa kau buat aku macam ni...aku baru berazam untuk teruskan hidup aku tapi kau hadir ibarat memberi aku sebuah harapan untuk sinar bahagia aku semula...


YA ALLAH matikanlah hambamu ini dalam keadaan beriman!


Jumaat, 24 Mei 2013

terbelenggu

sampai bila...
masih terbelenggu bersama sidia
aku dah letih la weyh! aku nk lupekan die...aku dah deleted sume sms die...aku dah xnk berhubung dengan die... tapi bila malam...dia datang dalam tidur aku... sampai bila?! atau memang benar kata orang jika seseorang hadir dalam mimpi kita dia sebenarnya sedang merindui kita... arghhh!!!

mak tolong kahwinkan aku!!

huh!! kahwin??
kalu ade orang nakkan aku mesti dah beratur mak aku terima pinangan..ni tidak.... habuk pon tarak! ya Allah temukanlah jodohku...
supaya aku tidak lagi hidup dalam dunia khayalan semata...

redha dengan ketentuanNya

setiap hari perasaan yang dipendam memakan hati.. hari yang berlalu tanpa dia di hati menjadikan jiwa aku kosong... siang tanpa teman..sepi tanpa kata.. sunyi tanpa teman bicara, tiada lagi tempat meluah kata tiada juga bahu berkongsi tangisan duka..kala malam menjelma..mimpi-mimpi indah membuatkan aku terus lena tanpa sedar hakikat sebentar cerita antara kami yang kian lupus dimamah hari... bila terjaga disiang hari mimpi indah itulah ibarat mimpi ngeri buat aku setiap hari.. bilakah mimpi ngeri ini akan berakhir buat aku?? siapa yang tahu... segalanya telah ditentukan oleh Yang maha Esa... 

Aku hamba Allah yang sering diuji dengan hadirnya sebuah cinta yang menjanjikan kebahagian..tapi seringkali kecundang di tengah jalan... namun antara penyebab kecundanganya aku mungkin aku yang terlalu ''memahami'' mereka.. manalah silap aku... segala yang di minta aku penuhi..tiada sebarang janji yang aku mungkiri...malah kesetiaan aku juga sudah diuji...entahla..mana lagi silap aku.. walau apa pun yang berlaku hidup mesti diteruskan..

perjalanan hidup mendidik aku menjadi insan yang cukup tabah, tanpa masa silam siapalah kita sekarang. orang melayu selalu berkata teruskan hidup jangan pandang kebelakang lagi, pada aku kata perangsang ini sudah tidak relevan lagi...kerana kalau bukan masa silam yang mengajar erti kehidupan siapalah diri kita sekarang...

sesungguhya Allah itu maha adil..

dia bukan milikku lagi..atau aku memang tidak pernah memilikinya...perpisahan ini sekali lagi mengajar dan memberi tamparan hebat kepada aku apa itu karma...

kesedihan tidak perlu diucapkan
kebahagiaan tidak perlu ditunjukkan

segalanya adalah Takdir Allah..apa yang berlaku hanyalah penyebab semata...
Hidup haruslah mempunyai prinsip berpandang pada ''karma''


walau sebanyak mana janji si'dia' pada kita 
jangan kita berharap menjadi nyata 
sesungguhnya hanya ibubapa saja yang setia 
walau pahit dan segetir mana keadaan kita
merekalah yang sentiasa merealisasikannya menjadi nyata...

aku mungkin takkan punya cinta di menara gading seperti gadis lain...
tapi cinta aku hanya padaNya yang maha Esa dan cintaku hanya pada kedua ibubapa, pada merekalah aku punyai nikmat bahagia dan hanya padaNya sajalah tempat aku mengadu...

Terima Kasih Allah! 

Rabu, 22 Mei 2013

nilai pengorbanan

hidup ibarat roda...pepatah melayu tidak lapuk dek zaman... kadang kala kita di atas kadang kala kita dibawah...itulah karma...ape yang terjadi pada kita baik atau buruk pasti ada balasannya...
kesedihan hidup mengajar diri lebih menjadi tabah...

pengalaman mengajar aku lebih matang tentang hidup..
apa yang terjadi ade hikmah
perlu sabar..
kerana sabar itu manis..
pastinya sesuatu ganjaran terbaik menanti buat kita...

yang patah akan tumbuh berganti..
yang hilang akan hadir disisi..
yang jatuh akan bangkit berdiri..
tabahkan hati...
redha ketentuan ilahi...